AM

HPTN 2020 platform profesion teknikal kongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman

147

KUALA LUMPUR 5 DISEMBER 2020 – Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2020 (HPTN 2020) dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) secara maya bermula dari 5 Disember hingga 30 Disember 2020. Perasmiannya disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Disember juga secara maya.

Semalam, Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Seri Fadillah Yusof melalui satu posting di Facebook rasmi beliau berkata pada majlis sambutan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017, beliau buat pertama kalinya telah mencadangkan supaya Sabtu pertama setiap Disember diisytiharkan sebagai Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN).

“Alhamdulillah cadangan berkenaan telah diluluskan dan esok (hari ini) adalah hari sambutan HPTN untuk 2020. Sambutan kali ini bebeza dibuat secara maya, selari dengan norma baharu dalam keadaan kita masih berdepan penularan COVID-19.

Semoga semua warga JKR sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi serta menyumbang kepakaran, pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam industri teknikal serta kejuruteraan dalam negara mahupun di peringkat global.” kata Fadillah.

Sambutan HPTN tahun ini dianjurkan bersama agensi-agensi di bawah KKR iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR Malaysia), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM).

Aktiviti-aktivi menarik turut disusun sempenan sambutan HPTN 2020, antaranya adalah :

  1. Lebih 20 sesi webinar anjuran agensi kerajaan, universiti dan badan profesional teknikal negara
  2. Pertandingan Lego
  3. Pertandingan Mobile Legends
  4. Pertandingan PUBG
  5. Virtual Run
  6. E-Sport
  7. Pertandingan fotografi
  8. Kuiz teknikal

Orang ramai boleh melayari lawan web www.hptn.my dan media sosial rasmi HPTN untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan menyertai pertandingan yang disediakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...