Alam Sekitar @ MY LNAAMParlimen @ My LNAPelancongan @ My LNA

Pembinaan hotel baru di Bukit Fraser tertakluk kepada bidang kuasa Majlis Daerah Raub – Nancy Shukri

191

KUALA LUMPUR 2 Disember 2020 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada hari menjelaskan bahawa isu pembinaan hotel baru di Bukit Fraser adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri.

Menjawab soalan berkenaan isu tersebut dari Ahli Parlimen Raub di Dewan Rakyat hari ini, Nancy turut berkata bahawa di dalam hal tersebut, ia adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Majlis Daerah Raub (MDR) sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Bukit Fraser.

“Namun pada masa yang sama, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyarankan agar sebarang pembangunan di kawasan ini akan mengekalkan dan memelihara tema atau konsep Bukit Fraser dengan mengekalkan facade bangunan mengikut kesesuaian alam sekitar dan sejarah setempat.

Sebagai contoh, sebarang pembangunan baharu di kawasan ini hendaklah mengekalkan konsep tudor sesuai dengan jolokan Bukit Fraser sebagai The Little England” kata Ahli Parlimen Batang Sadong itu.

Nancy turut menjelaskan bahawa pada masa ini hanya terdapat 3 buah hotel dengan jumlah bilik sebanyak 370 buah sahaja di Bukit Fraser lalu jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung permintaan terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti umum.

“Selain itu, hotel-hotel sedia ada juga adalah bangunan lama. Premis pengingapan baharu boleh menarik minat pelancong atau pihak korporat untuk berkunjung dan mengadakan program di Bukit Fraser.” ujarnya.

Malaysia telah merekodkan kehadiran 796 spesis burung pada tahun lepas dengan 299 spesis boleh ditemui di Bukit Fraser. Kawasan pelancongan terkenal tersebut telah dikenal pasti sebagai salah satu kawasan International Bird and Biodiversity Area (IBA) oleh BirdLife International untuk dijadikan kawasan pemeliharaan burung di Malaysia.

MOTAC juga giat mempromosikan Bukit Fraser sebagai salah satu destinasi segmen pelancongan niche untuk aktiviti bird watching. Kementerian turut bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan negeri menjalankan promosi acara pelancongan berkaitan aktiviti melihat burung seperti Fraser’s Hill International Bird Race kerana ia juga mampu menyumbang kepada kemasukan pelancongan domestik dan antarabangsa ke Bukit Fraser.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...