AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

SKMM telah bangunkan 61 menara komunikasi di kawasan perkampungan Orang Asli

92

KUALA LUMPUR 1 Disember 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari memaklumkan bahawa sehingga Oktober 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebanyak 61 menara komunikasi yang memberikan liputan di kawasan perkampungan Orang Asli.

Menjawab soalan dari Ahli Parlimen Gopeng di Parlimen hari ini yang bertanyakan apakah liputan di kalangan Orang Asli dan apakah rancangan untuk menambah baik perkhidmatan tersebut., Saifuddin turut berkata bahawa lapan (8) menara masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat bermula suku pertama tahun 2021.

“Daripada lapan (8) ini, dua buah menara terletak di Cameron Highlands iaitu di Pos Lemoi dan Pos Kg. Telimau.

Melalui pelan JENDELA (fasa 1), sebanyak 85 menara baharu dengan perkhidmatan 4G akan dibina di 136 buah kampung orang asli di seluruh negara dan dijangka mula pelaksanaannya pada suku kedua tahun 2021.

Daripada 85 ini, 11 berada di Cameron Highlands, 38 di negeri Pahang, 19 di Perak.” ujar Saifuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...