Biz @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Adrian Ridge Dilantik Sebagai KPE Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

70

TEMECULA, California, July 03, 2024 – Berkuatkuasa daripada 1 Julai, 2024, Adrian Ridge ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Industri Nikkiso Co. Ltd. Ridge menggantikan Peter Wagner yang kekal sebagai Pengerusi Eksekutif untuk Lembaga Nikkiso CE&IG Group.

Sebagai KPE, Ridge akan memacu keputusan operasi dan kewangan serta menyediakan Kumpulan untuk pertumbuhannya pada masa hadapan. Dalam peranan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Wagner akan menumpukan kepada pemacuan wawasan dan strategi jangka panjang Kumpulan dalam tugas beliau sebagai penasihat.

“Saya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Adrian bagi pihak Lembaga atas kenaikan pangkat beliau kepada KPE,” kata Wagner. “Beliau ialah seorang pemimpin yang terbukti memberikan sokongan pada waktu yang tepat kepada pertumbuhan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases untuk pencapaian yang lebih tinggi.”

“Saya belum pernah sebegini teruja terhadap potensi sebuah syarikat seperti apa yang saya rasa terhadap Nikkiso,” kata Ridge. “Kami mempunyai semua keperluan yang tepat untuk menjadi peneraju dalam setiap pasaran yang kami ceburi dalam setiap rantau di seluruh dunia. Saya berbesar hati dan bersyukur ke atas peluang sekali seumur hidup ini.”

Related Articles

Globe NewswireLifestyle, Fashion & WellnessLNA World

Opening of Three New Soma Fit Clubs

Revolutionary and sophisticated fitness centers now in St-Hilaire, Boucherville, and Rosemère MONTREAL,...