AMBM @ MY LNAPerikanan @My LNA

DOF Perak Labuh 12 Tukun Tiruan Tingkat Sumber Perikanan Negara

206

30 Jun 2024, LUMUT – Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak.

Menurut Jabatan Perikanan (DOF), 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660.00 dilabuhkan bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.

DOF juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.26 juta kepada negeri Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2019 hingga 2024).

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak.

“Pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin. Hasil melabuh tukun ini juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri Perak.” ujar DOF.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...