Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI
SERKAM 27 Jun 2024 – Tujuh ekor lembu terbiar ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Ternakan Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekitar Serkam Darat, baru-baru ini.
Operasi itu dilaksanakan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPJ yang memfokuskan kawasan Taman Koperasi Serkam Darat.
Yang Dipertua MPJ, Mohd Shaiful Hizam Johan berkata pihaknya giat melaksanakan operasi berkenaan ternakan terbiar berkeliaran di kawasan awam yang menimbulkan kacau ganggu.
“Ternakan terbiar ini boleh mengancam keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya selain menimbulkan isu kebersihan.
“Hasil operasi yang dijalankan kita berjaya menangkap tujuh ekor lembu terbiar di kawasan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mohd Shaiful Hizam berkata, MPJ akan terus melaksanakan operasi tersebut dari semasa ke semasa.
“Saya minta kerjasama semua pemilik haiwan ternakan untuk memastikan ternakan masing-masing dikawal supaya tidak merisikokan pengguna dan penduduk sekitar,” katanya.
Leave a comment