Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India pada jam 9:24 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 9:24 pagi, 26 Jun 2024 |
Koordinat | : 8.0° Utara 90.5° Timur |
Lokasi | : Kepulauan Nicobar, Rantau India |
Magnitud | : 5.7 |
Jarak | : 276km Barat Daya dari Car Nicobar,India |
Kedalaman | : 10 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.
Leave a comment