Biz @ My LNABM @ MY LNA

Malaysia dan PayNet Menggalakkan Pembayaran Tanpa Tunai Di Seluruh Negara Melalui Peraduan ‘Cashless Kaw-Kaw’

223

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2024 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur kewangan pusat Malaysia, telah membuka pilihan untuk membuat pembayaran tanpa tunai di lebih 3,500 titik sentuh Pos Malaysia di seluruh negara. Ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan transformasi pembayaran digital oleh Pos Malaysia.

Pada hari ini, kedua-dua syarikat telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah di ibu pejabat Pos Malaysia untuk peraduan ‘Cashless Kaw-Kaw’ yang telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 April 2024. Objektif utama peraduan ini adalah untuk menggalakkan penggunaan MyDebit dan DuitNow QR untuk kemudahan dan keselamatan pelanggan sebagai pembayaran pilihan. Peraduan ini direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan dengan menawarkan kaedah transaksi yang lebih cekap. Ini merupakan salah satu usaha Pos Malaysia untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggannya.

Peraduan ‘Cashless Kaw-Kaw’ diakhiri dengan acara penyampaian hadiah utama yang dihadiri oleh 4 daripada 178 pemenang bertuah (sila rujuk Lampiran). Peraduan ini menawarkan pelbagai hadiah yang melebihi nilai RM150,000 keseluruhannya, di mana seorang pemenang utama telah memenangi wang tunai RM50,000. Antara hadiah yang ditawarkan ialah ganjaran wang tunai bulanan sebanyak RM8,888, bersama barangan eksklusif lain seperti iPad Air, telefon pintar OPPO Reno11 Pro, dan RM100 kad hadiah Petronas.

Khazalin Ghuzal, Ketua Peruncitan, Pos Malaysia, berkata, “Pos Malaysia mempunyai warisan yang kaya selama lebih dua abad berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini merupakan satu legasi yang mendorong kami ke hadapan sambil terus menyesuaikan diri dan berinovasi untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang. Melalui teknologi pembayaran terkini, objektif kami adalah untuk menyampaikan transaksi yang bukan sahaja lancar dan selamat, tetapi juga tanpa sebarang kerumitan di setiap cawangan kami. Pos Malaysia bertekad untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan menegaskan semula dedikasi kami kepada pemodenan serta pendigitalan. Dengan membuka ruang untuk kemajuan ini, kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan kami kekal relevan dan cekap dalam era digital hari ini.

Beliau menambah, “Sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, rangkaian titik sentuh Pos Malaysia menjangkau semua segmen dan komuniti, termasuk kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan. Kami menyediakan akses kepada perkhidmatan seperti insurans motor dan pembaharuan cukai jalan, pembayaran bil dan perkhidmatan kewangan. Kerjasama kami dengan PayNet telah meletakkan rangkaian kami yang tiada tandingannya sebagai pemangkin untuk penggunaan pembayaran tanpa tunai di seluruh negara. Pada masa ini, sejumlah besar perkhidmatan kami yang diurus niaga di kaunter dibayar melalui MyDebit atau DuitNow QR. Ini menunjukkan keinginan pelanggan kami untuk menerima pilihan pembayaran yang lancar ini. Kami berharap melalui bekerjasama dengan PayNet ini dapat membawa penyelesaian yang lebih inovatif kepada pelanggan dan komuniti yang kami berkhidmat.”

Azrul Fakhzan B. Mainor, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial, PayNet, berkata, “PayNet teruja untuk meluaskan jangkauan dan impak kami melalui kerjasama dengan Pos Malaysia. Dengan akses kepada lebih 3,500 titik sentuh Pos Malaysia, kami kini boleh membawa penyelesaian pembayaran tanpa tunai ke kawasan luar bandar dan yang kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak. Kerjasama ini memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan dan keselamatan pembayaran digital.”

“Dengan memanfaatkan pilihan pembayaran DuitNow QR dan MyDebit, pelanggan tidak lagi perlu melakukan perjalanan jauh untuk mengeluarkan wang tunai bagi setiap transaksi. Inisiatif ini dapat memudahkan perdagangan dengan menyediakan kaedah pembayaran yang lebih cekap dan mudah diakses. Dengan kerjasama Pos Malaysia, kedua-dua syarikat ini akan mengubah pengalaman pelanggan, memacu rangkuman kewangan, dan meningkatkan aktiviti komersial di seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...