Lain-lain

MOTAC anjur Minggu Budaya Malaysia 2024 sempena penganjuran 8th China-Eurasia Expo di Xinjiang, China

201

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2024 (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Minggu Budaya Malaysia 2024 bersempena dengan 8th China-Eurasia Expo di Urumqi, Xinjiang, China dari 26 hingga 30 Jun 2024. Penyertaan MOTAC ke program ini akan diketuai oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Ini merupakan usaha kerajaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.
 
Malaysia, melalui MOTAC, akan mengadakan promosi seni, budaya dan warisan Malaysia yang secara tidak langsung memberi peluang kepada Republik Rakyat China (RRC) terutama di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang untuk meneroka, memahami dan menghayati kepelbagaian budaya, seni dan warisan Malaysia.
 
Bertemakan “Malaysia Truly Asia”, Pavilion Malaysia akan mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia melalui pameran, demonstrasi masakan dan kraftangan, promosi dan jualan produk pelancongan, sesi Business to Business (B2B) iaitu “Matchmaking Conference for Promoting Economic and Trade Cooperation”,serta persembahan kebudayaan sepanjang lima (5) hari penganjuran program. 
 
MOTAC berharap dengan pelaksanaan program ini, bukan sahaja dapat mempromosi dan memperkenalkan keunikan seni dan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga merupakan satu platform menguar-uarkan kempen Visit Malaysia 2026 di China.  

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBernamaBM @ MY LNALain-lain

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh...

BernamaLain-lain

Platform Baharu Membolehkan Syarikat Insurans Asia Pasifik Memanfaatkan Pertumbuhan

Syarikat menerima guna sistem teras moden untuk ketangkasan, pelancaran produk dengan lebih...

Dunia @ MY LNAGlobe NewswireLain-lain

OSL Memenangi Penyedia Perkhidmatan Aset Digital Terbaik di HFM Asia Services Awards 2024

HONG KONG, July 13, 2024 – OSL, peneraju platform aset digital berperaturan...

BernamaLain-lain

ASWARA Raikan 30 Tahun Penubuhan Pada Malam Kemuncak Festival Peta 2024

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) – YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul...