AMParlimen @ My LNA

Belanjawan 2021 : Kerajaan tidak bersikap diskriminasi – Halimah Sadique

179

KUALA LUMPUR 23 November 2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyangkal dakwaan bahawa Belanjawan 2021 meminggirkan kepentingan kaum minoriti dan sekali gus menjejaskan perpaduan di antara penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran di Parlimen hari ini yang mempersoalkan ketelusan Belanjawan 2021 di dalam menjaga kepentingan kaum India, Halimah menjelaskan bahawa walaupun jumlah wang geran yang diperuntukkan
kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) bagi tahun 2021 hanya berjumlah RM100 juta, terdapat pelbagai skim bantuan lain yang diletakkan oleh kerajaan di bawah kementerian-kementerian lain.

“Sebagai contoh (skim) bantuan khusus bagi masyarakat India di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan sebagainya.

Jadi kenyataan Yang Berhormat (M. Kulasegaran) bahawa kerajaan sengaja mahu meminggirkan masyarakat India (di dalam Belanjawan 2021) dan sebagainya adalah satu kenyataan yang tidak tepat” tegas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu.

Terdahulu Halimah memaklumkan bahwa MITRA telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Disember 2018 hingga Mac 2020, dan bermula daripada April 2020 ia diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Jumlah agihan peruntukan untuk MITRA ketika di bawah JPM (Disember 2020 hingga Mac 2020) bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM38,886,579 dan ketika di bawah Kementerian Perpaduan Negara (April 2020 hingga Disember 2020) adalah sebanyak RM65,113, 421.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...