AMCOVID-19 @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Penggiat seni muzik tanah air terima sumbangan KKMM

100

19 November 2020 – Seramai 50 orang pemuzik yang diwakili secara simbolik oleh lima orang Pengerusi pertubuhan yang mewakili komuniti pemuzik tanah air menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Sumbangan tersebut diserahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah secara ‘pandu lalu’ kepada mereka di kompleks KKMM semalam.

Menurut KKMM menerusi satu kenyataan media yang diedarkan semalam, inisiatif di bawah KKMM Prihatin yang bertemakan ‘Penggiat Seni Pemangkin Pembangunan Ekonomi Kreatif’ ini merupakan platform terbaik untuk menggalakkan lebih ramai dermawan menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Kata KKMM lagi, usaha tersebut adalah bertepatan dengan konsep public-private partnership yang berteraskan kerjasama strategik dengan Kerajaan demi melunaskan tanggungjawab sosial dalam membangunkan industri kreatif negara.

Mereka yang hadir menerima sumbangan mewakili 50 orang pemuzik tersebut adalah Pengerusi Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia iaitu Muhammad Aizad Azman (Bob Sentuhan), Pengerusi Kelab Kami Kreatif (KAMIFESTO) iaitu S.Saladin Abdullah (Arab NRG), Pengerusi Persatuan IRAMA iaitu Ayob Abdul Majid, Pengerusi Persatuan Pemuzik Jalanan Profesional iaitu Mohd Adzhar Mohd Yusof (Zaha Spring) dan Timbalan Pengerusi Muzika Malaysia iaitu Mac Rahayu.

Turut hadir di upacara tersebut adalah Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek; Pengerusi FINAS, YBrs. Tuan Zakaria bin Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri dan Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, YBhg. Dato’ Sri Idris bin Md Yusof.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...