AMBM @ MY LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

“MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA” tema HKHM 2024

1.8k

PUTRAJAYA, 5 Jun 2024 – Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan logo dan tema bagi sambutan HKHM 2024.

Menurut Jabatan Penerangan (Japen), sambutan HKHM pada tahun ini mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya dengan tema baharu iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

“Malaysia MADANI merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.

Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.” kata Japen.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya serta sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

“Selain itu, pelbagai program turut diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan, antaranya Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Program Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI, Semarak Gemilang Kita MADANI, Perkampungan MADANI, Jiwa Merdeka antara Kementerian dan PENTARAMA Live Jam.” kata Japen.

Maklumat lanjut berkaitan logo, tema, muat turun kompilasi lagu patriotik dan program Bulan Kebangsaan 2024 boleh dirujuk melalui portal rasmi www.merdeka360.my.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...