AM

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia baharu dilantik

319

KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2020 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada hari ini menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia.

Di majlis ini, Nancy menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia kepada YB Puan Rubiah binti Haji Wang. Sementara itu Ahli Lembaga Pengarah sedia ada bagi penyambungan tempoh pelantikan adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah bin Haji Ab. Rahman Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Puan Suzilawaty binti Shuib Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia dan Encik Karim bin Samsuri Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia.

Di majlis yang sama juga Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengarah sedia ada iaitu Yang Berusaha Cik Saraya binti Arbi Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia.

Kredit MOTAC

“Tahniah kepada Yang Berhormat Puan Rubiah Wang atas perlantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan YB Tuan Robert Tawik @ Nordin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia yang baharu.

Semoga sinergi mantap pengurusan tertinggi ini akan membawa lebih banyak penjanaan idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif seiring perubahan teknologi masa kini untuk Kraftangan serta mencapai sasaran ekonomi yang lebih baik untuk para penggiat industri kraf.” ujar Nancy melalui hantaran di halaman Facebook rasmi beliau.

Kredit MOTAC

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Baharu serta Ahli-ahli yang sedia ada terus memberi sokongan padu kepada setiap program dan aktiviti Kraftangan Malaysia di samping memberi pandangan, nasihat serta dorongan bagi membangun, memaju dan memartabatkan lagi industri kraf ke peringkat yang lebih tinggi. Penjanaan idea baharu yang lebih kreatif dan inovatif seiring perubahan teknologi masa kini oleh Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia amatlah diperlukan bagi kelestarian industri kraf negara dalam menghadapi arus kemodenan dan globalisasi.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...