AMPendidikan @ My LNA

Isu-isu Larangan Bacaan Doa Sempena Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 SK Methodist, Pulau Pinang & Penceramah Menyampaikan Kursus Pendidikan Seni Visual Dalam Bahasa Cina Sepenuhnya di salah sebuah sekolah di Perak.

128

PUTRAJAYA 29.09.2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum isu-isu Larangan Bacaan Doa Sempena Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 SK Methodist, Pulau Pinang dan Penceramah Menyampaikan Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) Dalam Bahasa Cina Sepenuhnya di salah sebuah sekolah di Perak yang tular di media-media sosial.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, peringatan tegas telah diberikan kepada pihak pentadbir sekolah-sekolah berkenaan kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan.

Tindakan tata tertib akan diambil jika perlu dan ia muerujuk kepada Surat Siaran KPM Bilangan 13 Tahun 2016 – Perkara 5.11 dalam Garis Panduan Pengurusan Majlis/Program/Acara dan Pengurangan Amalan Protokol & Sambutan di Bahagian/Jabatan Institusi Pendidikan di bawah KPM dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menetapkan mata pelajaran Pendidikan Seni adalah dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

” Peringatan yang sama juga telah diberikan kepada semua sekolah agar mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang telah diedarkan kepada mereka.

Ketidakakuran kepada peraturan-peraturan ini boleh membawa kepada tindakan tatatertib atau tindakan lain yang sesuai kepada pihak pentadbir sekolah yang terlibat.” tegas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di kenyataan tersebut.

Tambah beliau KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan-peraturan yang telah disediakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...