BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Menang Besar di Kempen ‘Golden Ticket’ 2024

324

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2024 – Terkenal sebagai Pusat Beli-Belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan. Suria KLCC membuka tirai Kempen ‘Golden Ticket’ bersama rakan-rakan media dan pempengaruh ternama pada hari ini. Para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik bermula dari 11 sehingga 26 Mei.

Bersempena dengan sambutan kelima Kempen ‘Golden Ticket’ ini, para peserta berpeluang untuk membawa pulang e-Baucar Beli Belah Suria KLCC yang bernilai RM5,000.

Dekorasi kempen yang bertemakan karnival pada kali ini bakal memperlihatkan sesi cabutan di Centre Court yang akan mempersembahkan 100 kotak misteri. Salah satu daripada 100 kotak tersebut menjanjikan hadiah unggul iaitu sekeping ‘Golden Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM 5,000), sekeping ‘Purple Ticket’ (e-Baucar yang berjumlah RM50), atau penambahan hadiah terbaru untuk tahun 2024, iaitu ‘Silver Ticket’.

Penampilan ‘Silver Ticket’ ini bakal memukau para pengunjung dengan inspirasi sentuhan mewah. Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka, antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z- Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.

Untuk menyemarakkan kemeriahan kempen kali ini, para pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners” yang mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.

Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. 100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.

Hujung minggu lebih bermakna dengan kepelbagaian aktiviti menarik seperti aktiviti lukisan muka dan belon pusing.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami.

“Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun. Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini. Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G.

Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.

50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut.

Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Secara tidak langsung, para pengunjung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membawa pulang ganjaran hebat.

Pusat Beli-Belah Mesra

Kempen ‘Golden Ticket’ kini kembali dengan sambutan tahunan yang ke-3 di Pusat Beli Belah Mesra, Kemaman, Terengganu yang bermula dari 10 sehingga 30 Mei.

Usulan dari perancangan dan koordinasi kempen yang berjaya pada tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ menjemput para pembeli untuk menyertai kempen kali ini dengan berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli Belah Mesra.

Kempen ini akan diadakan di Centre Court yang akan menampilkan 55 buah kotak misteri. Para pelanggan berpeluang memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ atau ‘Blue Ticket’. Tiket-tiket ini terdiri daripada hadiah utama Baucar Beli-Belah Mesra bernilai RM1,000 dan juga Baucar Beli-Belah Mesra yang bernilai RM30.

Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...