AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Tuduhan Kilang Bihun Beroperasi Dalam Ladang Babi Adalah Isu Lama Yang Tidak Benar

179

Oleh JomCheck

Tular kembali di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang mendakwa bahawa sebuah kilang bihun didapati beroperasi di dalam ladang babi. Ia telah ditutup pada tahun 2007 namun kembali beroperasi semula dengan nama syarikat yang lain.

Mesej berkenaan turut mendakwa bahawa pengoperasian semula kilang berkenaan telah diubah ke lokasi yang lain dan turut menyenaraikan beberapa syarikat dengan pemilik sama serta produk-produk untuk seruan boikot.

Semakan JomCheck mendapati bahawa MalaysiaKini telah menepis fakta hantaran berkenaan pada tahun 2022 dan isu ini telah bermula sejak 16 tahun lalu namun masih berlegar sehingga ke hari ini.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Mesej tular telah mencampur adukkan dan menyalah guna bahan dari pelbagai sumber termasuk dari luar negara untuk mencipta naratif palsu.

Sumber:

MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/647424
JAKIM: https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/penjelasan-status-halal-produk-kilang-bihun-bersatu-sdn-bhd-kbb-sb30-safar-1438-/720515311441078/

Kami leraikan segala perkaitan berhubung isu ini untuk memudahkan pemahaman pembaca:

a. JAKIM menjelaskan melalui kenyataan rasmi bahawa kedua-dua kilang yang disebut dalam mesej tular iaitu Kilang Bihun Bersatu Indah(KBBI) yang sudah ditutup pada 2007 kerana tidak memenuhi piawaian kebersihan dan syarikat Kilang Bihun Bersatu (KBB) yang dimiliki pihak berbeza dan tiada kaitan antara satu sama lain.
b. KBB masih beroperasi hingga hari ini dan ia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
c. Isu ini sudah dimainkan sejak 16 tahun dahulu dengan siaran mesej pelbagai bentuk, jalan cerita dan ‘bukti’ termasuk gambar yang diambil dari siaran berita dari negara China.

Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...