AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPendidikan @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

PPKI SMK Kota Masai ‘Raja’ Merentas Desa Pendidikan Khas Pasir Gudang 

412

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi dan Abdul Muiz Ab Rahman 

PASIR GUDANG – PPKI SMK Kota Masai dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan Kategori Menengah Kejohanan Merentas Desa MSSD Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2024 yang berlangsung di Bukit Layang-layang, Johor.

Anugerah kejohanan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Puan Kartini Sahirin kepada Pengetua SMK Kota Masai, Puan Saridah Abd Majid bersama barisan pendidik dan atlet SMK Kota Masai yang diketuai oleh Puan Jamilah Ali, Guru Penolong Kanan Pemdidikan Khas.

Pencapaian ini membawa makna yang besar kerana ia membuktikan bahawa usaha berterusan yang dilaksanakan oleh barisan pendidik dalam memperkasakan ekosistem pendidikan termasuklah pembangunan sukan dan akademik bagi MBPK dijalankan dengan baik.

Gambar barisan atlet dan Quarter Master, bersama pengurus pasukan, Cikgu Nursyamimi

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa dengan kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan penting bagi program akademik dan aktiviti pembangunan sukan dapat memberi sinar dalam melahirkan MBPK cemerlang dan berprestasi serta mampu membawa kejayaan buat diri mereka.

Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan SMK Kota Masai sebagai salah satu institusi pendidikan khas terbaik yang sentiasa mengekalkan nama dalam podium kejohanan tersebut dan melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu membawa tinggi nama Pasir Gudang dan Johor di peringkat yang lebih tinggi.

Gambar semasa sesi taklimat bersama pengurus pasukan, Cikgu Ashrun Haron

Selain itu, turut membawa pulang pingat Emas Kategori B15,  Saniy Hud Mikail dan Aida Najma serta pingat Perak Kategori B19, Ng Shi Ying.

Ketiga-tiga pelajar tersebut akan mewakili Pasir Gudang untuk bersaing di peringkat Negeri Johor.

PPKI SMK Kota Masai akan sentiasa menerajui kecemerlangan pendidikan khas dan memastikan kesemua MBPK dapat menunjukkan kebolehan dan mengetengahkan bakat mereka serta mampu untuk membentuk jiwa mereka dalam menjadi seorang yang dapat membawa manfaat kepada diri, masyarakat dan negara pastinya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...