Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Sidang Kemuncak KL20 2024: Kerajaan Melancarkan Inisiatif Menyeluruh untuk Menjadikan Kuala Lumpur antara 20 Hab Pemula Terbaik Global

290

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kerajaan Malaysia berhasrat untuk melonjakkan kedudukan Kuala Lumpur ke tangga teratas 20 hab pemula terbaik global menjelang tahun 2030. Beberapa cabaran utama yang sering di hadapi oleh syarikat pemula di Malaysia  seperti akses kepada pendanaan, mengatasi halangan kawal selia dan usaha menarik bakat-bakat terbaik perlu ditangani segera untuk mencapai matlamat itu.

Menyedari hakikat itu, kerajaan telah menganjurkan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur pada 22-23 April, dengan tujuan untuk merangsang landskap pemula di Malaysia.

Sidang kemuncak yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi itu menggariskan bagaimana kerajaan sedang melancarkan dasar serta pelan bagi menyokong pertumbuhan kumpulan bakat dan memupuk ekosistem keusahawanan yang dinamik. KL20 menampilkan pelancaran 10 inisiatif penting dan 50 penceramah pakar. 

Kertas Tindakan dan Sorotan KL20 

Pada acara itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Kertas Tindakan KL20, sebuah pelan hala tuju menyeluruh yang menggariskan inisiatif pembaharuan ketara untuk mencapai titik penyatuan di kalangan pemegang taruh utama, iaitu pengasas, pemodal teroka, bakat, inkubator dan pemacu, bagi memacu sektor teknologi pemula Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.  

“Kertas Tindakan KL20 melihat kepada gambaran yang lebih besar dalam usaha memacu transformasi struktur ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Di mana, terdapat keperluan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi semasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengalihkan ekonomi ke arah sektor inovatif dan meningkatkan kadar pekerja berkemahiran tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk Malaysia membina ekosistem pemula yang mampan sebagai penyelesaian utama,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. 

“KL20 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk bakat terbaik global dan syarikat pemula yang berpotensi tinggi dan boleh berkembang dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang memberangsangkan,” tambah Rafizi.

Sidang kemuncak itu bertindak sebagai platform perbincangan penting yang menemukan pembuat keputusan kerajaan, pengasas syarikat pemula gergasi (unicorn), pelabur besar dan pemikir di Kuala Lumpur, menjadikannya medan utama untuk perbincangan, debat dan membuat perjanjian.

Sidang Kemuncak KL20 turut menyaksikan pengenalan beberapa inisiatif penting yang bertujuan untuk memudahkan lagi akses kepada bakat (Visa Green-laning), menjadikan pelaburan dan penyumberan tawaran lebih kerap (VC Golden Pass) dan menjadikan infrastruktur AI lebih matang (Graphical Processing Units Installation). 

Penggerak dan Penggoncang

Acara itu menampilkan penceramah berwibawa seperti Gobind Singh Deo, Menteri Digital, serta barisan penceramah dan ahli panel terkemuka antarabangsa. Antaranya ialah perintis industri seperti Jenny Lee, Rakan Pengurusan Kanan Granite Asia; Carl Pei, Ketua Pegawai Eksekutif Nothing; Wener Vogels, Ketua Pegawai Teknologi Amazon; Géraldine Andrieux Gustin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DeepTech dan The Hive; dan Dr Qi Bin, Timbalan Ketua Pegawai Pelaburan China Investment Corporation. Mereka mengupas secara lebih mendalam faktor-faktor yang membentuk masa depan keusahawanan dan inovasi.

Dengan tumpuan terhadap pemupukan ekosistem pemula yang dinamik, sidang kemuncak itu berjaya menarik syarikat pemula serta pelabur dari seluruh dunia, mewujudkan platform untuk kerjasama, pelaburan dan pertumbuhan.

Inisiatif Kerajaan

“Kerajaan akan melancarkan Inisiatif Tetingkap Tunggal di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membantu ekosistem pemula Malaysia dengan mempermudahkan prosedur dan menghimpunkan sumber dalam satu platform yang bersepadu,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. 

“Inisiatif Tetingkap Tunggal menyokong tiga pemegang taruh yang menjadi sasaran utama, iaitu pengasas syarikat pemula, pelabur dan bakat teknologi, dengan menghapuskan halangan birokrasi, mempercepatkan kelulusan dan memperkasakan usahawan untuk mengemudi landskap pemula dengan lebih cekap. Ini penting bagi memacu arena inovasi Malaysia ke arah mencapai matlamat KL20,” tegas Chang.

Kerajaan juga telah membangunkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula Malaysia (SUPER) yang bertindak sebagai rangka tindakan untuk memacu ekosistem pemula negara ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai hab serantau. SUPER ditubuhkan bagi mengenal pasti bidang tumpuan dan tindakan utama untuk mendorong pengembangan dan pembangunan ekosistem pemula di Malaysia, menangani bidang kritikal seperti pembangunan bakat, akses pembiayaan, memastikan akses pasaran, di samping memacu inovasi teknologi dan impak sosial.

Kesimpulan

KL20 menekankan tentang potensi Malaysia sebagai persekitaran yang kondusif untuk syarikat pemula, terutamanya yang melibatkan sektor penting seperti semikonduktor dan reka bentuk litar bersepadu, teknologi kewangan, e-dagang, pembuatan dan automasi, teknologi pertanian, teknologi bersih dan kewangan Islam. 

Menerusi pemupukan inovasi, kerjasama dan pelaburan, Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 ekosistem pemula terbaik global menjelang 2030. Selain itu, Malaysia juga berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat keusahawanan dan inovasi terkemuka di ASEAN dengan beralih daripada perindustrian kos rendah, berasaskan komoditi kepada ekonomi berasaskan teknologi. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://www.kl20.gov.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...