AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Minyak Masak Nice Day Tiada Tanda Halal kerana sedang perbaharui Sijil, elak langgar Undang-Undang

425

Oleh : JomCheck

Kecoh di media sosial apabila imej sepaket minyak masak berjenama Nice Day yang diconteng dengan tulisan ‘non halal’ disebarkan dengan kapsyen yang mendakwa bahawa minyak berkenaan bersumberkan babi.

Rakan JomCheck, MyCheck Malaysia kemudiannya menjalankan semakan dan menerbitkan laporan penuh di laman sesawang mereka:

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Logo halal tidak dicetak pada bungkusan produk kerana mematuhi undang-undang sementara mereka dalam proses memperbaharui sijil halal sedia ada.

Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2280932

Semakan berkenaan isu ini menemui:

a. Tulisan ‘Minyak Masak Sawit Bertapis’ pada paket jelas menidakkan tuduhan ia adalah minyak khinzir.
b. Eksekutif Halal syarikat syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn.Bhd yang mengeluarkan jenama Nice Day, Izyan Irdawany tampil menjelaskan isu ini melalui Facebook.
c. Beliau menjelaskan ketika isu ini tular, pihak syarikat sedang dalam proses pembaharuan sijil halal yang mengambil masa lebih panjang kerana proses dokumentasi.
d. Mereka telah pun berjaya memperbaharui sijil halal yang sah hingga 15 Mac 2026.
e. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor telah melakukan pemeriksaan dan mengesahkan tiada tulisan ‘non halal’ ditemui pada paket.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...