AMBM @ MY LNAUTAMA

EAIC perkenalkan Talian Whatsapp Aduan salah laku penguat kuasa

248

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) semalam memperkenalkan saluran alternatif untuk memudahkan orang ramai membuat aduan berhubung salah laku penguat kuasa dengan memperkenalkan TALIAN WHATSAPP ADUAN di nombor seperti berikut:

Menurut EAIC, orang awam hanya perlu menaip ADUAN SALAH LAKU dan diikuti dengan nama pengadu, alamat /nombor telefon atau e-mel untuk dihubungi, agensi yang diadukan, butiran aduan beserta lampiran bukti (foto/video/dokumen).

Masa bagi operasi talian ialah pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

“Talian ini hanya akan menerima aduan secara bertulis dan akan memberikan makluman penerimaan aduan tersebut secara automatik sementara ia dirujuk dan diproses lanjut bagi kelulusan awal sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Suruhanjaya.

Selain saluran ini, Suruhanjaya masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran yang sedia ada iaitu Sistem Penyelesaian Aduan dan Pengendalian Siasatan (SPAPS) di Portal EAIC, e-mel aduan@eaic.gov.my dan secara bersemuka di Kaunter Aduan & Pusat Khidmat Pelanggan EAIC di Aras G, Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.” kata EAIC.

Katanya lagi, penambahan saluran baharu tersebut akan membolehkan orang awam menyalurkan aduan dengan cepat, mudah dan efektif supaya tindakan segera boleh diambil.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...