AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

196

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah.

2. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di:-

2.1. Pontian Kecil, Johor

2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

2.3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

2.4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

2.5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor darul Ehsan

2.6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

2.7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan

2.8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

2.9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah darul Aman

2.10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

2.11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

2.12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

2.13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

2.14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

2.15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

2.16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

2.17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

2.18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

2.19. Pusat Falak Miri, Sarawak

2.20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

2.21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

2.22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

2.23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

2.24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

2.25. Menara Kuantan 188,Pahang

2.26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

2.27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

2.28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

2.29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

3. Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

4. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.”

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...