AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

136

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah, menyasarkan tiga (3) daerah terjejas kemarau yakni Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Operasi tersebut dijalankan selama (3) hari mulai 28 Mac sehingga 30 Mac 2024, dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan oleh pihak MetMalaysia.

Menurut Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril bin Idrus, pelaksanaan OPA itu dibuat bagi mendapatkan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas. Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) dari 355 kampung di 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air. NADMA juga memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta bagi menampung kos penghantaran bekalan air dengan kerjasama agensi berkenaan.

Beliau juga menggalakkan agar Kerajaan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi tu agar mengemukakan cadangan kepada pihak NADMA untuk dibuat penilaian. Kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh MetMalaysia bagi menjamin kejayaan OPA.

‘Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah. Faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran.

Impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan Monsun Timur Laut turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah. Sehingga 26 Mac 2024, sebanyak 1,392 kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di seluruh negeri, memusnahkan kawasan seluas kira-kira 3,800 hektar, termasuk 3.4 hektar kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok.

Semoga usaha bersepadu yang dilaksanakan ini boleh membantu dalam meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan.” kata NADMA.

NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara ingin mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka terutama di tanah gambut untuk menghindari pencemaran udara (jerebu).

“Golongan yang berisiko terkena strok haba dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya dan ambil langkah-langkah pencegahan yang perlu. Sentiasa cakna dengan maklumat kekal sihat ketika musim panas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi maklumat berkenaan cuaca, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari METMalaysia.

Masyarakat diingatkan untuk peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Peka amaran bencana agar sentiasa bersiapsiaga, serta pastikan anda rujuk maklumat terkini dari sumber yang sahih.” kata NADMA.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...