AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNATenaga @ My LNAUTAMA

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

118
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof memaklumkan bahawa Kerajaan berpegang kepada ketetapan dasar bahawa kelulusan bagi pembangunan projek tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini perlulah dilaksanakan secara telus, adil dan berdasarkan ketetapan regulatori semasa.

Oleh itu, pelaburan pihak MASDAR, sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini, perlu dilakukan menerusi penyertaan program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti;

(ii) Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar;

(iii) Program New Enhanced Dispatch Arrangement untuk pembangunan sumber bukan solar; dan

(iv) Rooftop Solar Programme untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan.

“Pada masa yang sama, Kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga atau third party access (TPA) bagi membolehkan pemaju membekalkan tenaga elektrik TBB secara terus kepada pengguna menggunakan infrastruktur grid syarikat utiliti.

Oleh itu, offtaker TBB bagi syarikat pelabur ini akan ditetapkan berdasar jenis program TBB yang disertai pihak syarikat. Umpamanya sekiranya syarikat menyertai program Large Scale Solar (LSS), maka offtaker tenaga adalah pihak utiliti atau TNB. Sekiranya pelabur menyertai program solar di bumbung, maka offtaker tenaga di bawah program ini adalah pengguna elektrik sendiri; dan sekiranya syarikat menyertai program TPA kelak, maka pengguna korporat yang mempunyai ikatan kontrak dengan pemaju adalah offtaker bagi TBB yang dijana.” kata Fadillah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Puchong di Dewan Rakyat hari ini.

Secara keseluruhannya, kemasukan kapasiti baharu oleh syarikat MASDAR dan syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain perlu berdasarkan kepada perancangan dan pembangunan penjanaan bekalan elektrik yang dipersetujui oleh Kerajaan dan diperhalusi secara teliti dengan mengambil kira semua aspek ekonomi, teknikal dan kawal selia.

“Pendekatan ini akan memastikan kemasukkan sumber solar yang bersifat ‘’intermittent”, tidak akan menjejaskan keupayaan dan keselamatan sistem dan infrastruktur grid, menyediakan peluang dan persaingan yang adil serta saksama di samping menjaga kepentingan pemain industri TBB tempatan dan memastikan pembekalan elektrik termasuk daripada sumber TBB adalah pada kadar yang kompetitif dan tarif yang munasabah kepada keseluruhan pengguna elektrik.” ujar Fadillah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...