AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

OPS PANTAU 2024 : Sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara

115

PUTRAJAYA 24 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menggerakkan lebih kurang 2,200 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi OPS PANTAU 2024 yang dilancarkan bermula 12 Mac lepas.

Penguatkuasaan tersebut dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan pengguna seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07.

“Sejumlah 685 pemeriksaan di Bazar Aidilfitri telah dilaksanakan di seluruh negara sejak OPS PANTAU 2024 dilancarkan. Manakala sebanyak 623 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan. Antara kesalahan yang diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.

KPDN ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.” kata Azman.

Pada hari ini, Azman telah mengadakan walkabout pemantauan harga barang bagi meninjau pelaksanaan OPS PANTAU 2024 di Bazar Aidilfitri, Presint 3 Putrajaya. Turut hadir di dalam walkabout kali ini adalah pegawai-pegawai kanan penguat kuasa Kementerian dan pegawai kanan Perbadanan Putrajaya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...