BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

210

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang berunsur menghina agama Islam.

Ia berkaitan dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart yang sedang tular sekarang.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM , Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, tangkapan disyaki pemilik/pengendali akaun Facebook Chiok Wai Loong berumur lingkungan 35 tahun telah ditangkap pada 20 mac 2024 di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

Katanya, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat (4) hari mulai 21 Mac hingga 24 Mac 2024.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Kes masih diperingkat siasatan. PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu 3R (Ruler, Religion, Race).” ujar Mohd Shuhaily.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Universiti Malaya Meraih Juara Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Empat Kali Berturut-turut

Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...