AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Poster Tular Maklum Tarikh Bantuan Aidilfitri Kerajaan Madani Adalah Poster Tahun 2023

196

Oleh JomCheck

Sampai ke talian JomCheck permohonan untuk menyemak sebuah poster tular yang menyampaikan maklumat tarikh penerimaan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) mengikut kategori dan jumlah penerimaan oleh kerajaan Madani.

Hasil semakan fakta yang dilakukan mendapati bahawa masih tiada sebarang pengumuman BKKA untuk tahun 2024 yang dilakukan oleh pihak kerajaan sehingga artikel ini ditulis.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Poster tular berkenaan dikategorikan sebagai luput kerana maklumat BKKA yang disampaikan adalah tarikh penyaluran bantuan pada tahun lepas iaitu 2023.

Sumber:
Harian Metro (semakan jumlah BKKA 2023): https://www.hmetro.com.my/utama/2023/03/950913/bantuan-khas-kewangan-lanjutan-pelepasan-cukai-sspn-diumum-pm-metrotv

Kosmo! (laporan berkaitan pertanyaan kewujudan BKKA 2024): https://www.kosmo.com.my/2024/02/23/lepas-dapat-insentif-rm2000-akan-ada-bantuan-raya/

Poin penting bagi menjelaskan kekeliruan isu ini adalah:

a. Tarikh penyaluran bantuan yang tertera pada poster iaitu 29 Mac hingga 17 April adalah merujuk kepada bantuan yang diberikan sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 pada 22 April 2023.
b. Sekiranya benar BKKA 2024 diberi berdasarkan tarikh di atas, ia akan melangkaui tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024 yang dijangka jatuh pada 10 April, sesuatu yang di luar kelaziman pemberian BKKA sebelum ini.
c. Penjawat awam dan pesara kerajaan telah menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan sebanyak RM2000 dan RM1000 masing-masing pada hujung Februari yang lepas.
d. Persoalan belum terjawab ialah sama ada kerajaan akan turut memberikan BKKA pada tahun 2024. Masih tiada sebarang pengumuman yang dilakukan oleh kerajaan berkaitan dengan BKKA pada tahun ini.

Pihak kami akan melakukan kemaskini jika terdapat sebarang maklumat baharu yang diperolehi. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...