AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

Isu Kalimah Allah : Sebanyak 42 laporan polis diterima

189

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 – Berhubung dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara. Justeru, sebanyak dua kertas siasatan telah pun dibuka.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang–undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Kes tersebut juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.

“Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.” nasihat Mohd Shuhaily.

Sejak 13 Mac lalu, stokin yang berulis kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, tular selepas gambar produk berkenaan dimuat naik pengguna di media sosial. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai telah membuat permohonan maaf pada sidang media di Menara KK, Bandar Tasik Selatan pada 16 Mac.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...