BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Sambut Baik Komitmen Kerajaan untuk Beri Kuasa Autonomi kepada Parlimen, Gesa Pembentangan Sebelum Hujung 2024

120

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said bahawa kerajaan secara prinsip telah bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan menggubal semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memberi kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen. Akta ini amat diperlukan supaya Parlimen benar-benar bebas dari segi pentadbiran dan kewangan sekaligus menjadi badan semak dan imbang selaras dengan prinsip pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.

Akta Perkhidmatan Parlimen ini juga merupakan salah satu tuntutan Reformasi 100% yang dibentangkan BERSIH kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Bersama beliau bulan lalu.

Walaupun YB Menteri mengumumkan bahawa usaha ini telah hampir “90% selesai”, BERSIH menggesa supaya garis masa pembentangan Rang Undang-undang (RUU) ini ditetapkan selewat-lewatnya hujung tahun 2024 supaya segala perkara tertunggak boleh dimuktamadkan sebelum akhir tahun.

Selain libat urus bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, BHEUU, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kami turut menggesa agar deraf RUU ini dapat melalui JPKP Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk mendapat pandangan bipartisan serta satu sesi libat urus dengan pemegang taruh terutamanya bersama pertubuhan masyarakat sivil diadakan supaya kami maklum kandungan dalam deraf RUU Perkhidmatan Parlimen yang terkini.

Melalui konsultasi BERSIH dengan pelbagai ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang, kami yakin pembentangan undang-undang ini secara telus dapat memperkasa autonomi Parlimen dan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen merentasi parti politik.

Justeru, BERSIH menggesa agar pihak kerajaan dapat segera merealisasikan hasrat ini dengan membentang RUU Perkhidmatan Parlimen sebelum tamatnya tahun 2024.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...