AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Cegah Buli dan Jenayah Seksual di kalangan Pendidikan Khas

543

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi

PASIR GUDANG 14 Mac 2024 – Peneguhan disiplin tidak hanya diterapkan kepada murid arus perdana sahaja, malahan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) juga perlu mengikuti pelaksanaan undang-undang disiplin yang ditetapkan di sekolah.

Pendedahan awal perlu diterapkan setiap kali mula memasuki minggu awal persekolahan. Lebih penting lagi, taklimat disiplin yang melibatkan jenayah buli dan seksual di kalangan MBPK.

Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berinisiatif menganjurkan kempen cegah buli dan jenayah seksual di Minggu Orientasi Pendidikan Khas sesi 2024/25 yang berlangsung.

Cikgu Muhammad Ashrol Haron, Guru Penyelaras Disiplin Pendidikan Khas SMK Kota Masai menjelaskan bahawa tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan peraturan dan apa yang perlu difahami dari sudut disiplin dan etika murid.

“Penguatkuasaan peraturan sekolah juga melibatkan MBPK khususnya. Mereka juga adalah murid sekolah yang tidak terlepas dengan apa-apa hukuman sekiranya mereka melakukan salah laku.”

“Apabila menyentuh jenayah buli dan seksual, pastinya itu menjadi tanggungjawab pendidik untuk memastikan MBPK selamat dibawah pengawasan dan bimbingan yang betul. Ini kerana kes-kes yang melibatkan buli dan seksual, sudah menjadi ruam yang boleh menjadi kudis di komuniti kita dan pastinya barisan pendidik SMK Kota Masai akan terus bekerjasama bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna dan selamat di sekolah”. Katanya.

Kepentingan disiplin dalam diri murid di sekolah sangat memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri murid yang bertanggungjawab dan berpendirian tegap.

Tidak hanya itu, ianya juga dapat mengelakkan daripada perkara negatif serta mampu menerapkan nilai murni yang positif di samping melahirkan murid yang mempunyaj keterampilan tinggi dan holistik dalam apa jua aspek dan bidang.

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Jamilah Ali menyatakan bahawa sudah sememangnya MBPK diberikan pendedahan berkaitan peraturan dan keselamatan diri mereka dari kes jenayah buli dan seksual.

Cikgu Jamilah Ali selaku GPK Pendidikan Khas SMK Kota Masai merasmikan kempen cegah buli dan jenayah seksual PPKI SMK Kota Masai 2024

Menurutnya, pendedahan awal bertujuan untuk mencegah mereka daripada terlibat dalam jenayah buli dan seksual sekaligus menjauhkan mereka dari terlibat dengan jenayah tersebut.

“Kempen ini memberi kesedaran buat MBPK untuk lebih peka dengan keselamatan diri mereka. Tidak hanya itu, mereka juga perlu faham tentang bahaya buli yang boleh membawa trauma dan rasa takut dalam diri mereka.

“Pendidik perlu memainkan peranan agar kes buli dan jenayah seksual tidak berlaku dan dapat dijauhkan dari persekitaran sekolah”. Jelasnya.

SMK Kota Masai bersama para pendidik akan sentiasa komited dalam melestarikan budaya disiplin di kalangan murid khususnya murid berkeperluan pendidikan khas dan akan terus menyokong kemenjadian murid agar terus mampu menjadi seorang yang berdikari dan membawa manfaat kepada masyarakat kelak.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...