AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MCMC bekerjasama dengan 5 telco sediakan perkhidmatan alatan perisian Parental Control Tools

319
Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan di Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME untuk menyediakan perkhidmatan alatan perisian yang dikenali sebagai Parental Control Tools yang membolehkan mereka memantau, menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat dan aktiviti anak-anak dalam talian. Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan yang sama. 

Menurut Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Parlimen hari ini, bagi menangani risiko dan ancaman terhadap kanak-kanak sama ada disebabkan orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan internet terus dipertingkatkan melalui inisiatif-inisiatif seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia [Malaysia ICT Volunteer (MIV)] di sekolah-sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) di seluruh negara.

“Pelaksanaan inisiatif ini diperkasakan melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan kanak-kanak dalam talian untuk ibu bapa, penjaga, dan kanak-kanak.

Antaranya, Modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA), Modul Smart Start 2.0 Pra-Perkahwinan dan Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL). Kolaborasi juga dijalankan bersama pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pengakap Malaysia, institusi pengajian tinggi, dan pihak industri dalam memberi kesedaran mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.” kata Fahmi.

Ketika ini, kebanyakan penyedia platform media sosial mempunyai had umur pengguna akaun di mana hanya mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.

Namun, bagi memastikan syarat ini dipatuhi, ibu bapa atau penjaga perlu bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Mereka juga perlu mengambil serius peranan mereka dalam keibubapaan digital (digital parenting) serta perlu peka dalam menerokai kandungan serta platform alternatif yang terdapat di dalam talian.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...