AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Bendera Malaysia dan China Menghiasi Dua Sisi Replika Naga, Lambang Persahabatan 50 Tahun

245

Oleh JomCheck

Tular satu video yang menunjukkan perarakan replika naga berukuran 179.2 meter di Jonker Walk, Melaka menuduh ia hanya dihiasi bendera negara China.

Pengguna media sosial yang cuba untuk memainkan isu kedaulatan negara seolah-olah ia mengagungkan China dan merendahkan martabat Malaysia.

Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia telah melakukan semakan tentang dakwaan ini dan mendapati bahawa replika naga tersebut juga dihiasi dengan bendera Malaysia.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Naga yang diarak sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China itu dihias dengan bendera Malaysia di sisi kanan dan bendera China di sisi kiri.

Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/695693

MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2269330

Melaka TV: https://vt.tiktok.com/ZSFNgSd5B/

Poin penting dari sumber rujukan adalah:

a. Perarakan naga tersebut berlangsung pada 1 Februari 2024 dan telah disertai oleh seramai 180 orang pelajar dari negeri Melaka dan negara China.

b. Video yang tular dengan komentar negatif mula tersebar sejak 7 Februari 2024.

c. Program berkenaan telah diiktiraf Malaysian Book of Records.

d. Acara ini mendapat liputan media di kedua-dua negara.

e. Ia juga sebagai persiapan Hari Pelancongan Dunia 2025 yang akan disambut di Melaka pada tahun hadapan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...