BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendapat @ My LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

Kenaikan harga produk komoditi perlu ditangani segera

387
Data merekodkan trend peningkatan harga purata barangan runcit harian. Gambar ayam oleh Ben Moreland - Unsplash

Oleh: Dr. Nor Salwati Othman

Sektor komoditi memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. Secara puratannya, sektor ini menyumbangkan sebanyak RM18.1-RM24.4 bilion setiap suku tahunan dari suku tahun pertama 2019 sehingga suku tahun ketiga 2023.

Dr. Nor Salwati Othman

Selari dengan peranan utamanya, kerajaan terus menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing sektor ini agar dapat membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa. Antaranya adalah melalui Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan; meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani, dan menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan.

Di samping itu, Dasar Komoditi Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan industri komoditi kepada ekonomi negara, memoden dan mentransformasi industri komoditi agar berdaya saing dan mampan, menggalakkan pertumbuhan di sepanjang rantaian nilai industri komoditi, meningkatkan pendapatan pengusaha industri komoditi termasuk pekebun kecil, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi perladangan dan pemprosesan berasaskan komoditi industri.

Dalam usaha untuk melunaskan matlamat-matlamat yang telah digariskan, cabaran kini dan seterusnya adalah supaya produk komoditi ini mampu dinikmati olah pengguna isirumah di Malaysia. Namun, isu menjadi semakin kritikal kerana berdasarkan pemantauan harga purata agromakanan terpilih di peringkat runcit Semenanjung Malaysia mendapati kebanyakan komoditi mencatatkan peningkatan terutamanya bagi sayur jenis kekacang dan sayuran berbuah (rujuk gambar).

Data Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan juga merekodkan trend peningkatan harga purata barangan runcit harian dan ianya mencecah tahap amaran kedua.

Senario kenaikan harga ini, jika diambil ambil lewa akan menghasilkan masalah yang yang besar lagi kepada ekonomi Malaysia secara menyeluruh, seperti inflasi, penurunan KDNK, penurunan kuasa beli pengguna, penurunan pendapatan benar pengguna, peningkatan jurang pendapatan negara, dan kelestarian ekonomi negara dan isirumah. Dan dalam jangkapanjang, boleh meningkatkan kadar kemiskinan tegar dan tahap jenayah di Malaysia.

Dari perspektif ekonomi, kenaikan harga ini mungkin disebabkan penawaran yang berkurang (cost push inflation) atau permintaan yang semakin meningkat (demand pull inflation) dari masa ke semasa melebihi tindakbalas peningkatan penawaran. Ya, ada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penawaran produk komoditi, terbukti dengan dasar-dasar yang telah dirangka, namun faktor-faktor lain seperti El-Nino (pemanasan global dan perubahan suhu dan musim), isu geopolitik (seperti Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) yang mana ia mewajibkan syarikat memastikan produk yang dijual di Kesatuan Eropah (EU) tidak membawa kepada penebangan hutan), ketidakstabilan ringgit Malaysia, kekurangan tenaga kerja, dan lain-lain.

Di samping desakan permintaan yang semakin meningkat kesan dari peningkatan jumlah populasi dari dalam dan luar negara, dan sifat produk komoditi sendiri yang merupakan produk keperluan (necessity good) penduduk di Malaysia. Isu ini perlu diperhausi, dan kajian yang lebih serius dan lebih terperinci amat-amat diperlukan agar kenaikan harga produk komoditi ini tidak menjadi lebih parah pada masa-masa akan datang.

Penulis merupakan Ketua, Jabatan Bisnes dan Pengurusan, UNITEN Business School (UBS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan boleh dihubungi di norsalwati@uniten.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...