AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Tajaan Lesen Memandu B2 Untuk Golongan B40 Oleh Kerajaan Adalah Sahih

335

Oleh JomCheck

Timbul keraguan dalam kalangan masyarakat tentang kesahihan sebaran maklumat program MyLesen B2 oleh kerajaan yang menaja golongan B40 untuk mengambil lesen motosikal kelas tersebut secara percuma.

MyCheck Malaysia iaitu rakan JOMCHECK telah melakukan semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa tiada sebarang kesangsian pada poster tersebut.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk meneruskan Program MyLesen B2 pada tahun 2024 yang telah dimulakan pada tahun 2023.

Semakan di platform rasmi JPJ mendapati wujudnya pemakluman Program MyLesen B2 untuk tahun 2024 dan dibuka untuk pendaftaran melalui imbasan kod qr yang diberikan.

Sumber:
MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2268293

Hantaran di Facebook rasmi JPJ: https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid02DhFY2FeUFaD2qnGsNBBkMMZqy69TXGc5Sw35ThCWyGan9ziG3bA7mkjPowYAkkSbl

Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2023/10/13/belanjawan-2024-kerajaan-terus-tanggung-bayaran-lesen-b2-e-hailing-teksi/

TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/2023/10/29/ada-yang-tolak-mylesen-b2-kerana-anggap-ia-scam-hasbi/

Poin penting untuk menyokong status di atas adalah:

a. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memberitahu bahawa terdapat penerima yang layak untuk program MyLesen B2 yang menolak tawaran berkenaan kerana risau ia adalah ‘scam’.

b. Permohonan program MyLesen B2 boleh dilakukan di platform rasmi JPJ.

c. Kerajaan akan menanggung semua kos latihan dan ujian untuk semua penerima yang layak.

d. Seramai 9,000 orang telah menerima manfaat daripada program MyLesen B2 untuk tahun 2023.

e. Bagi tahun 2024, 35,000 kuota permohonan untuk menyertai program tersebut telah dibuka.

Lepas ini kalau anda rasa ragu-ragu dengan maklumat yang dijumpai, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...