Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 1:21 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 1:21 petang, 10 Februari 2024 |
Koordinat | : 8.5° Utara 125.9° Timur |
Lokasi | : Mindanao, Filipina |
Magnitud | : 5.2 |
Jarak | : 56km Barat Laut dari Bislig, Filipina |
Kedalaman | : 67 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Leave a comment