AMBernamaBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

RHB ISLAMIC dan YPM menyasarkan RM1 juta untuk Pemerkasaan Pendidikan melalui “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP) Tahun 2023-2025

336
Penyerahan replika cek oleh RHB Islamic Bank Berhad untuk inisiatif “B40 Education Empowerment Programme 2023 –2025”: Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad [tiga dari kanan]; Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA [baju merah]; Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said, Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) [baju biru]; dan En. Faisalludin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM [tiga dari kiri] bersama pihak pengurusan dari RHB Islamic dan YPM.

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2024 (Bernama) – RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic Bank) melalui Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan kerjasama yang dijalin diantara RHB Islamic Bank dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Program “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP).

Perjumpaan ini menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM1 juta oleh Dato’ Adissadikin Ali untuk Program “B40 Education Empowerment Programme 2023 – 2025” kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff dan disaksikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.
 
Di bawah Program BEEP, RHB Islamic Bank menyasarkan untuk menaja sehingga RM1 juta dari dana zakat wakalah bagi program-program YPM untuk tempoh tiga tahun untuk tahun 2023-2025.
 
Program Kerjasama RHB Islamic Bank dan YPM ini merupakan inisiatif Rakan Strategik dan YPM dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar dari segmen B40 untuk mendapatkan akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik melalui beberapa program yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Kerjasama ini juga akan memanfaatkan seramai lebih daripada 2,500 pelajar dari segmen B40 bagi membantu para pelajar dalam bidang pelajaran untuk mencapai kecemerlangan menerusi program-program yang dilaksanakan dibawah Program BEEP hasil kerjasama YPM dan RHB Islamic Bank.

Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic berkata, “Program-program kendalian Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini adalah satu usaha murni dan berimpak tinggi. Oleh sebab itu, kami di RHB Islamic Bank mengalu-alukan hubungan strategik bersama YPM dalam usaha memperhebat aspek pendidikan dan pelajaran untuk manfaat para pelajar dari segmen B40 dan asnaf.”
 
Tambah beliau lagi, “Program ini juga selari dengan agenda Sosial Harmoni oleh RHB Islamic Bank. Kami percaya pendidikan merupakan aset bernilai yang dapat mengubah masa hadapan mereka dan berharap agar usaha ini dapat memberi kesan positif dalam jangka masa panjang bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.”
 
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki berkata, “Saya berharap jalinan kerjasama seperti hari ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai pihak terutamanya agensi-agensi kerajaan dan badan korporat bagi bersama-sama ke arah meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa terutamanya di kawasan luar bandar. Bila kami turun ke lapangan, kami lihat anak-anak di luar bandar ini mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya. Kesukaran hidup menjadi perangsang untuk mereka lebih memajukan diri dan mengubah nasib keluarga. Prospek seperti inilah yang perlu kita garap agar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, bangsa dan negara.”
 
Antara program-program BEEP yang telah dilaksanakan bagi tahun 2023 ialah:

1) Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW-RHB Islamic Bank yang telah memanfaatkan 300 orang pelajar
2) Seminar Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan SPM yang telah memanfaatkan lebih 1,000 pelajar yang akan menduduki SPM
3) Program Selangkah ke Universiti yang memanfaatkan 1,500 pelajar dan ibu bapa pelajar
4) Skim Anak Angkat YPM-RHB Islamic kepada 30 orang pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BernamaGeneral News @ My LNAMy LNA English

Mercedes-AMG Petronas F1 Team Visits Petronas Twin Towers For The Company’s 50th Anniversary Celebration

KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) — Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Principal Toto Wolff and...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA English

Arthur D. Little Expands Australian Office With Appointment Of Franco Santucci As Partner And Addition Of New Team

MELBOURNE, Australia, Oct 8 (Bernama) – Arthur D. Little (ADL) today announced an expansion of its Australian...

BernamaBusiness @ MY LNAMy LNA EnglishWomen @ My LNA

Unirazak Vice Chancellor Honoured At 2024 World Women Economic And Business Summit

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) was invited to the...

BernamaFinance @ My LNAMy LNA English

Report On National Findings 2024 – Financial Capability & Utilization Of Financial Advisory Services In Malaysia

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — Malaysian Financial Planning Council (MFPC) has released a Report on...