AMBM @ MY LNASarawak

Tiga kampung terima manfaat daripada projek naik taraf jalan

227

BAU, 27 Januari 2024 – Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibung dan Kampung Tanjong Bowang bukan sahaja bakal memberi kemudahan kepada penduduk di tiga kawasan perkampungan terlibat dan kawasan sekitarnya apabila projek tersebut siap pembinaannya, malah dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut selama ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmiannya memberitahu kawasan perkampungan tersebut sering banjir selama ini kerana paras jalan raya lebih rendah dari rumah penduduk.

“Selain pembinaan longkang dan tembok cerun, kerja-kerja melebarkan jalan, pembinaan dua jambatan bagi mengantikan jambatan sedia ada dan menaik paras jalan perlu ditinggikan bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi penduduk selama ini,” ujar beliau.

Henry memberitahu tempoh pembinaan projek itu adalah selama 24 bulan iaitu bermula pada 14 Disember 2023 sehingga 13 Disember 2025.

Terdahulu, Henry dan tetamu yang lain mendengar Taklimat Projek yang disampaikan oleh Khairunnisa Ashikin Jamaludin mewakili Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching.

Pada majlis itu, Henry turut melakukan gimik perasmian projek tersebut yang turut disaksikan oleh Residen Bahagian Kuching, Norlela Shariff, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Charles Chad Nissom dan Pegawai Daerah Bau, Constantine Gerald David Jonas.

Sementara itu, Pemanca Masyarakat Bidayuh Daerah Bau, Robert Tom Juin mengucapkan terima kasih kepada Henry dan kerajaan persekutuan atas pelaksanaan projek tersebut.

Disediakan oleh: Sumardi Sugiman (JaPen Bau)
Foto: Denis Etem, Denny Asip dan Hafizan Hasahari (JaPen Bau)

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...