AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Dr Zaliha sarankan LabuanFSA peruntukkan Tabung CSR bagi menyumbang semula kepada rakyat

254

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zaliha Mustafa mencadangkan agar Labuan Financial Service Authority (LabuanFSA) menubuhkan yayasan atau memperuntukkan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyumbang semula kepada rakyat dan ekonomi Labuan.

Menurut Dr. Zaliha menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, sejak tahun 1990, Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC), kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC).

“LabuanFSA yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai Pusat Jewangan Antarabangsa.

Labuan kini diiktiraf antara 3 pusat kewangan antarabangsa terpenting di Asia Pasifik dalam konteks perbankan, insurans dan kaptif.

Kini, Labuan IBFC merupakan pusat kewangan yang dikawal selia dan bereputasi tinggi dengan disokong oleh 7 Undang-undang Khas Labuan yang menarik perhatian global.” kata Dr. Zaliha.

Tambahnya, selama lebih 30 tahun, LabuanIBFC menyumbang 53% kepada KDNK Labuan.

“Atas dasar itu, saya katakan bahawa Labuan ada potensi untuk menjadi hab ekonomi, termasuk kewangan Islam digital. Sasaran kita adalah untuk turut menjadikan Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam Digital yang terunggul di dunia.

Saya juga mencadangkan agar LabuanFSA menubuhkan yayasan atau memperuntukkan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyumbang semula kepada rakyat dan ekonomi Labuan.” kata Dr. Zaliha.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...