AMPendidikan @ My LNA

Menteri Pendidikan perlu dekatkan diri dengan warga pendidik dan para guru – Dr Maszlee

169

23 Jun 2020 – Mantan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik pada hari ini  meluahkan sedih dan juga kecewa di mana beliau mendakwa pendapat para guru tidak diambil kira oleh  pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam membuat keputusan meminda takwim persekolahan untuk penggal 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID 19.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu beliau dihujani dengan desakan dan luahan para guru melalui mesej-mesej peribadi di WhatsApp dan medium media sosial yang lain berkenaan isu tersebut.

“Guru-guru yang berada di bawah hari ini, yang mengajar dari rumah ketika PKP, yang melaksanakan kelas-kelas dalam talian setiap hari, yang bersungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, yang gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus korona.

Adakah semata-mata kerana kes COVID 19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan Menteri Pendidikan mahu melupakan jasa frontliner di bahagian pendidikan ini?” luah beliau melalui satu posting di Facebook Page rasminya.

Dr. Maszlee juga menyeru supaya Menteri Pendidikan untuk kembali mendekatkan diri dengan warga pendidik dan para guru yang berada di sekolah-sekolah, mendengar dan berbincang secara muafakat dengan mereka dan mengiktiraf pendapat profesional mereka sama seperti amalan KPM sebelum ini.

“Menteri Pendidikan juga harus kembali mengambilkira dan mengiktiraf pendapat kesatuan guru seperti NUTP, KGMMB dan yang lain untuk memastikan pendapat dan keresahan para guru diambilkira ketika apa juga perubahan polisi dilaksanakan.” ujar Dr. Maszlee.

Pada hari ni melalui satu kenyataan media, KPM meaklumkan bahawa pihak mereka telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid. Ini susulan daripada pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin pada 10 Jun yang lepas bahawa KPM menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun (Rabu) ini di mana sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...