BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

“NIYAT”: Seni dan Sukan

288

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan Pameran Hanya Satu: ‘NIYAT’, bermula 25 Disember 2023 oleh Dhan Illiani, seorang pengkarya muda aktif dari kolektif seni tempatan KolmeGlu yang semakin mekar dalam industri seni negara. ‘NIYAT’ merupakan pameran yang ke-6 dalam Pameran Hanya Satu atau Single. Pameran Hanya Satu merupakan ruangan berkarya dan pelantar provokasi idea sekaligus turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pelukis kontemporari muda.

‘NIYAT’ adalah frasa daripada ‘Niat’ dalam Bahasa Melayu dan ‘Niyyah’ dalam Bahasa Arab, di mana kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat. Perkataan ini juga merupakan nama timangan pengkarya Dhan Illiani. Pengkarya menyelami respons masyarakat, memaparkan dilema dan etika yang membimbing ramai, mencipta naratif visual yang berlainan bagi setiap pengunjung.

Seniman ini bukan hanya seorang seniman multidisiplin, malah merupakan seorang pemain hoki ais kebangsaan yang sedang bersiap sedia untuk ke Sukan SEA pada tahun 2025. Salah satu ‘NIYAT’nya adalah untuk mendorong pemahaman terhadap hoki ais, sukan ‘niche’, dalam kalangan orang ramai. Beliau menekankan kepentingan dan potensi sukan tersebut bagi meraih sokongan semua pihak.

Di samping itu, pameran ini juga akan menampilkan program sokongan yang menggabungkan seni dan sukan dalam sebuah persembahan seni bertajuk “Niyat Hoki” Persembahan ini memperlihatkan rakan sepasukannya dalam hoki, menyorot disiplin dan proses bersama di antara kedua-dua bentuk ekspresi. Walaupun kelihatan bertentangan, seni dan sukan memiliki hubungan yang nyata dan tidak nyata yang tidak pernah terlihat oleh masyarakat umum. Inspirasi persembahan seni ini dipetik daripada pelbagai reaksi, tanggapan dan pandangan masyarakat mengenai sukan yang
melibatkan wanita-wanita muda.

Selain itu, persembahan seni ini turut diadakan dengan ‘NIYAT’ menambah satu lapisan kepada pengalaman pameran secara keseluruhan serta memberi perspektif dinamik mengenai maksud sebenar ‘NIYAT’.

Justeru, orang ramai dijemput untuk merasai dunia unik ‘NIYAT’ secara percuma di Balai Seni Negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara, @nationalartgallerymy atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...