BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Persempadanan Pilihan Raya: BERSIH usul SPR Perluaskan Perbincangan dengan Pemegang Taruh dan Segerakan Usaha Reformasi Pilihan Raya

651
Sumber foto FB Rasmi Bersih

Oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengusulkan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperluaskan perbincangan dan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh serta kebimbangan yang berasas berkenaan proses persempadanan semula sebelum proses tersebut dimulakan.

Hal ini penting bagi meredakan kebimbangan kebarangkalian wujudnya persempadanan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Menerusi perbincangan atau libat urus ini, SPR boleh mendengar pandangan pelbagai pihak berkepentingan sekaligus memastikan proses persempadanan pilihan raya ini dapat dilakukan dengan lancar, adil dan seimbang.

Pada masa sama, kebimbangan yang diutarakan memberi justifikasi supaya laporan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dinyahklasifikasikan untuk dibuka kepada umum untuk diteliti, diperbahasakan dan direalisasikan secara berperingkat.

Penyahklasifikasian ini juga menuntut Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk memperhalusi laporan tersebut bagi memastikan agenda reformasi sistem pilihanraya serta reformasi institusi segera direalisasikan.

Bersih memahami kedudukan semasa yang memerlukan proses persempadanan semula pilihan raya dilakukan khususnya untuk Sarawak (kerana selang lapan tahun dari persempadanan terakhir pada tahun 2015). Untuk Sabah, persempadanan boleh dibuat dari tahun 2025 dan Semenanjung Malaysia dari tahun 2026. Tambahan pula, Bersih memahami sewaktu pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi 18 (akhir 2021), hampir enam juta pengundi baru telah dimasukkan dalam daftar pemilih.

Perkara ini membawa kepada ketidakseimbangan dan ketidakadilan taburan jumlah pengundi yang amat ketara antara kawasan Parlimen seperti Bangi dan Sabak Bernam masing-masing dengan jumlah 311, 469 dan 51,842 (2023).

Perbezaan ketara ini tidak menyemangati semangat Perlembagaan Persekutuan Bahagian 1, 2 (c), Jadual Ketiga Belas, Bahagian 1, Seksyen 2 ( c) yang telah memperuntukkan bahawa untuk kawasan pilihan raya dalam negeri yang sama, bilangan pengundinya patutlah ‘lebih kurang sama banyak’ dengan beberapa pengecualian tertentu.

Justeru, bagi memastikan berlakunya keadilan dan keseimbangan kuasa undi terutama kepada pengundi di kawasan pengundian yang terlalu ramai, proses persempadanan pilihan raya kelak dilihat perlu untuk dilaksanakan dengan berasaskan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perlembagaan serta prinsip-prinsip sempadan pilihan raya yang adil dan saksama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...