BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Pencalonan Anugerah Seni Negara 2024 libatkan 5 bidang seni

472

29 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa bidang pencarian dan pencalonan bagi Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) melibatkan lima (5) bidang seni iaitu, Seni Muzik, Seni Tari, Seni Lakon (Pementasan), Seni Kraf dan Seni Visual.

Pencalonan dan pemilihan adalah berasaskan perincian seperti berikut:

Seni Muzik

  • Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni muzik warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang seni muzik sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dan
    masih aktif pada tarikh pencalonan.
  • Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni muzik secara berterusan dan konsisten.
  • Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni muzik.
  • Membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya.
  • Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni muzik di peringkat negeri/ kebangsaan/antarabangsa.
  • Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni muzik.
  • Mempunyai lain-lain nilai tambah yang boleh diperakukan oleh jawatankuasa pencarian/pencalonan.

Seni Tari

  • Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni tari warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang seni tari sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dan masih aktif pada tarikh pencalonan.
  • Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni tari secara berterusan dan konsisten.
  • Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni tari.
  • Menunjukkan ketokohan dalam membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya.
  • Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni tari di peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.
  • Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni tari.

Seni Lakon (Pementasan)

  • Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni lakon (pementasan) warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang seni lakon (pementasan) sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dan masih aktif pada tarikh pencalonan.
  • Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni lakon (pementasan) secara berterusan dan konsisten.
  • Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni lakon (pementasan).
  • Menunjukkan ketokohan dalam membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya.
  • Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni lakon di peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.
  • Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni lakon (pementasan).

Seni Kraf

  • Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni kraf warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang seni kraf sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dan masih aktif pada tarikh pencalonan.
  • Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni kraf secara berterusan dan konsisten.
  • Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni kraf.
  • Menunjukkan ketokohan dalam membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya.
  • Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni kraf di peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.
  • Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni kraf.
  • Mempunyai lain-lain nilai tambah yang boleh diperakukan oleh jawatankuasa pencarian/pencalonan.

Seni Visual

  • Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni visual warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kepakaran dalam bidang seni visual sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dan masih aktif pada tarikh pencalonan.
  • Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni visual secara berterusan dan konsisten.
  • Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni visual.
  • Menunjukkan ketokohan dalam membimbing dan membentuk inspirasi bakat baharu yang berjaya.
  • Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni visual di peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa.
  • Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni visual.
  • Mempunyai lain-lain nilai tambah yang boleh diperakukan oleh jawatankuasa pencarian/pencalonan.

Penganugerahan ASN 2024 dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu:

Anugerah Seniman Negara (1 penerima)

Anugerah Karyawan Seni (5 penerima)

  • Anugerah Karyawan Seni Muzik
  • Anugerah Karyawan Seni Tari
  • Anugerah Karyawan Seni Lakon (Pementasan)
  • Anugerah Karyawan Seni Kraf
  • Anugerah Karyawan Seni Visual

Anugerah Pendokong Seni (3 penerima)

  • Anugerah Pendokong Seni – Media
  • Anugerah Pendokong Seni – Korporat
  • Anugerah Pendokong Seni – NGO

Penerima-penerima anugerah akan menerima:

Anugerah Seniman Negara

i. Wang Tunai RM 60,000.00
ii. Watikah penganugerahan
iii. Trofi Anugerah Seni Negara
iv. Sepersalinan pakaian kebangsaan
v. Seniman tamu MOTAC
vi. Insentif penghasilan karya
vii. Penerbitan berkaitan tokoh
viii. Kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan
ix. Kemudahan/tambang pengangkutan awam milik kerajaan

Anugerah Karyawan Seni

i. Wang tunai RM30,000.00
ii. Watikah
iii. Trofi
iv. Seniman tamu

Anugerah Pendokong Seni

i. Wang tunai RM10,000.00
ii. Watikah
iii. Trofi

Menurut MOTAC, semua pencalonan perlulah melalui Borang Pencalonan ASN 2024 dan dokumen sokongan perlulah dikemukakan melalui e-mel dalam bentuk softcopy kepada Ketua Pengarah Jabatan / Agensi yang mempengerusikan Jawatankuasa Pencarian / Pencalonan ASN 2024 mengikut kategori masing-masing.

“MOTAC mengalu-alukan penggiat seni, karyawan dan seniman dalam bidang seni muzik, seni tari, seni lakon (pementasan), seni kraf dan seni visual untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 ini.

Tempoh pencalonan bagi ASN 2024 ini adalah daripada 29 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024. Borang pencalonan dan keterangan lanjut mengenai ASN 2024, sila layari laman web MOTAC, www.motac.gov.my.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...