AMBanjir @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

Banjir : Anwar tiba di Kelantan

194
Sumber foto : Halaman X rasmi Perdana Menteri

KELANTAN, 28 Disember 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di sana.

Menurut Anwar, sejurus tiba di Kota Bharu, beliau diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan kita.

Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.

“Taklimat itu juga memperincikan masalah yang dihadapi, tantangan operasi, status mangsa di pusat pemindahan sementara selain pemberian bantuan kepada yang terkesan dengan bencana banjir.

Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang bekerjasama rapat bagi memastikan urusan kebajikan mangsa banjir yang diberi keutamaan tinggi pada setiap masa.” kata Anwar melalui satu hantaran di Halaman X rasmi beliau.

Seterusnya beliau ke Jambatan Lubok Jong, Pasir Mas, bagi melihat sendiri dampak banjir dan langkah rencana untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tesebut.

“Dalam lawatan ini juga saya singgah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK (A) Lati, Kampung Banggol Manok untuk mendengar sendiri masalah dihadapi mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah berkenaan.

Kerajaan Persekutuan akan terus memantau situasi ini dengan rapi dan memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat tempat berteduh dan berusaha memampan dampak buruk musibah banjir.” ujar Anwar.

Beliau turut mengumumkan beberapa projek baharu sebagai langkah mengatasai masalah banjir.

“Kerajaan lulus projek bina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2

Proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...