AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik

379

𝗦𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝟮𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam.

Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah ‘Search Light’ dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan.

BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam.

Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...