AMBiz @ My LNABM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Kafe Dellamar perkasa kemampuan Alumni dengan Kerjasama Pintar Koperasi PUO Ipoh Berhad

448

IPOH, 18 Disember 2023 – Politeknik Ungku Omar (PUO)telah mengorak langkah menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan para alumninya dengan perasmian Kafe Dellamar, sebuah kafe yang ditubuhkan secara perkongsian pintar Encik Izwan Helmi bin Mohd Mokhtar, alumni PUO bersama-sama Koperasi PUO Ipoh Berhad bertempat di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO hari ini.

Menurut PUO menerusi satu siaran media hari ini, pemilihan Perpustakaan Tan Sri Othman Merican sebagai lokasi Kafe Dellamar adalah bertepatan dengan konsep kafe yang santai serta menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama menepati cita rasa belia kini.

“Pusat Keusahawanan PUO turut menawarkan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan, khidmat nasihat dan jaringan dan pemilik Dellamar kini menjalani proses latihan dan pemantauan oleh Majlis Francais Malaysia selama setahun dalam mendapatkan lesen sebagai Francaisor.” kata PUO.

Idea asal penubuhan Kafe Dellamar bermula apabila sekumpulan pelajar Semester 4, Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) yang diketuai oleh Encik Izwan Helmi bin Mohd Mokhtar telah mewakili PUO dalam Program Francais Siswa 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Persatuan Francais Malaysia dan berjaya merangkul tempat Ketiga dalam program tersebut. Jenama Dellamar Brownies & Coffee pertama kali diperkenalkan melalui pertandingan ini dan seterusnya membawa kepada tercetusnya penubuhan Kafe Dellamar.

Kafe Dellamar telah memulakan operasi di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO bermula pada 28 November 2023 dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Shamsuri Abdullah, Pengarah PUO, disini, hari ini.

Dalam majlis sama, Buku Coffee Table PUO: TVET@PUO Malakar Malaysia Madani yang mendokumenkan wadah aspirasi PUO ke arah Politeknik APEX didasari oleh enam tonggak utama Malaysia Madani turut dilancarkan.

Kafe Dellamar merupakan salah satu produk baharu usahawan PUO yang berjaya direalisasikan dan merupakan satu permulaan progresif usahawan muda aliran TVET agar mereka kekal relevan, kompeten serta mampu berdaya saing dalam menyumbang kepada perkembangan positif ekonomi Malaysia Madani.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...