BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Komen Ahli Parlimen Masjid Tanah kelirukan fakta program MM2H – Tiong King Sing

268
Kredit Foto FB Dato Sri Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing membidas komen Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) baru baru ini.

Kata King Sing melalui satu posting di halaman Facebook rasmi beliau semalam, selain mengelirukan fakta, komen Mas Ermieyati Samsudin tersebut juga telah mencetuskan isu perkauman, sedangkan program tersebut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Program 𝗠𝗠𝟮𝗛 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮❓Apa yang beliau cuba sampaikan menerusi provokasi dengan memilih satu negara tertentu❓Tambahan pula, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗶𝗻𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗮𝘂𝘁𝗶𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 (𝗣𝗥). Adakah Mas Ermieyati sengaja melakukan provokasi kaum❓Adakah Mas Ermieyati cuba merosakkan keharmonian kaum❓” soal beliau.

Tegasnya, penambahbaikan kepada kriteria dan syarat MM2H adalah bertujuan menarik lebih banyak permohonan, terutamanya yang mempunyai potensi kewangan yang baik.

Katanya setiap permohonan dari mana-mana negara yang layak memohon akan diteliti secara telus.

“Dakwaan Mas Ermieyati berhubung isu ini dilihat hanyalah untuk menagih populariti politik peribadinya sahaja. Kenyataan beliau jelas dilihat berupaya mengancam keharmonian rakyat pelbagai etnik di Malaysia dan menjadikan negara kita sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa.

𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗠𝗠𝟮𝗛 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗠𝟮𝗛 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗮𝘁. 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻.” kata King Sing.

Jelasnya lagi, setiap permohonan untuk menyertai program MM2H mestilah lulus proses semakan yang sangat ketat, termasuk saringan kewangan, semakan latar belakang, dan keperluan lain yang berkaitan, sebelum mereka layak menerima pas program MM2H dan kemudiannya memohon status PR mengikut syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya pemohon melakukan sebarang salah laku atau melanggar mana-mana syarat program, keistimewaan akan dibatalkan.

Justeru katanya, motif Mas Ermieyati membuat komen yang tidak berasas dan palsu seterusnya mengancam keharmonian kaum menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

“Memandangkan beliau kelihatan kurang memahami tentang syarat-syarat permohonan versi baharu MM2H, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂. Jika tidak memahami secara jelas mengenai program ini, beliau tidak seharusnya tergesa-gesa mencetuskan persepsi dan menuduh MM2H dengan pandangan berbaur perkauman. Lebih teruk, ia secara tidak langsung memfitnah para pegawai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang bertugas di lapangan. Mas Ermieyati menunjukkan bahawa dirinya sebagai seorang pemimpin sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat semata-mata untuk kepentingan diri sendiri, sama sekali tidak menghiraukan penderitaan hidup dan harapan rakyat untuk menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶, 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. 𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗠𝗠𝟮𝗛 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁. 𝗜𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.

Tidakkah Mas Ermieyati mahu memperbaiki kehidupan pengundinya di Masjid Tanah? Atau adakah kesejahteraan mereka tidak lagi menjadi perhatian utama Mas Ermieyati? Justeru, saya menggesa beliau, daripada mengada-ngadakan cerita, supaya meluangkan masa dengan lebih baik dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat. Mengambil bahagian dalam perbincangan dasar secara bersama dan membina, daripada menggunakan retorik yang menyinggung perasaan, dan jangan sekali-kali menyebarkan maklumat palsu hanya untuk mendapatkan publisiti murahan.” soal King Sing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Universiti Malaya Meraih Juara Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Empat Kali Berturut-turut

Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...