Alam Sekitar @ MY LNAAMPolitik @ My LNA

Isu Hutan Simpan Ulu Muda : MB Kedah akan buat pendedahan

130

29 Mei 2020 – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada hari ini memaklumkan bahawa beliau akan menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan isu pembalakan di Hutan Simpan Ulu Mudadi negeri tersebut yang telah sekian lama menjadi perhatian orang ramai dan juga pertubuhan-pertubuhan alam sekitar di negara ini.

Melalui posting di Facebook Page rasmi beliau, Sanusi berkata beliau akan mendedahkan siapa yang sebenarnya terlibat di dalam kes tersebut.

“InsyaAllah…. saya akan dedahkan bila dan siapa yang meluluskan kawasan pembalakan di Ulu Muda, mewartakan perluasan kawasan tadahan di Ulu Muda, membatalkan kelulusan setelah premium diterima sepenuh dan sebahagian.

Menarik balik pembatalan tersebut pada awal bulan ini dan mencadangkan penggantian kawasan lain untuk selamatkan Ulu Muda….” ujar Sanusi.

Beberapa hari lepas, media melaporkan bahawa Sanusi telah membuat kenyataan bahawa Kedah sedia pertimbangkan bagi meneruskan aktiviti pembalakan di hutan simpan tersebut. Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh pejabat beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...