AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Program Jualan Rahmah Berganda untuk Warga Negeri Perlis

296

KANGAR, 18 November 2023-Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Puan Hajah Fuziah Salleh telah merasmikan Program Jualan RAHMAH Berganda yang merangkumi Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti’s dan Jualan RAHMAH Pasar Raya JMart Fresh & Frozen yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 18 hingga 19 November 2023 di Perkarangan Pasar Raya JMart, Kangar Jaya, Perlis.

Program Jualan RAHMAH Berganda yang merangkumi Pesta Aiskrim RAHMAH Mokti’s bertujuan menyambut seruan Kerajaan untuk menawarkan produk pada harga yang berpatutan bermula pada RM1.50 bagi tub 3Oz, RM2.50 bagi tub 100ML, RM4.00 bagi tub 500ML, dan RM23.00 bagi tub 6L.

“Di samping itu, Mokti’s menawarkan pelbagai perisa baru edisi terhad yang dihasilkan khas untuk Pesta ini. Antara perisa yang ditawarkan khas sempena pesta ini adalah seperti Biscoff, Cookies & Cream, Hazel Kakao, Matcha, Kurma Bob, dan pelbagai lagi.

Seterusnya, Program Jualan RAHMAH Pasar Raya JMart Fresh & Frozen ini merupakan kerjasama strategik antara KPDN Perlis buat julung kalinya bersama Syarikat Borong Borong Cash and Carry Sdn. Bhd. ” kata Fuziah.

Tambah Fuziah, terdapat dua puluh (20) barangan keperluan pengguna yang ditawarkan sepanjang program berlangsung. Antara barangan yang ditawarkan adalah ayam segar, sayur-sayuran, telur ayam, beras import, minyak masak, sabun kain, sabun mandi, tepung gandum dan lain-lain lagi. Kadar pengurangan harga dari 10% sehingga 30% dari harga pasaran semasa.

“Untuk makluman umum, sehingga 18 November 2023, Program Jualan RAHMAH telah dilaksanakan di 161 lokasi di seluruh Negeri Perlis. Pecahan mengikut model iaitu dalam premis sebanyak 52 lokasi, di luar premis (premium) sebanyak 29 lokasi dan secara bergerak sebanyak 80 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 159 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi lima (5) juta orang.” katanya.

Turut berlangsung majlis penyampaian sumbangan berbentuk hamper kepada tiga puluh (30) orang anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah. Selain itu, program tersebut turut menawarkan aktiviti menarik seperti ‘mini games’, pendaftaran ahli JMart dan hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...