AMLuar Bandar @ My LNA

KPLB umum pengerusi, ahli lembaga pengarah baharu untuk PERDA

133

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan perlantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang baharu hari ini.

Menteri Kementerian tersebut, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, KPLB memperkasa dan berperanan secara signifikan dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat luar bandar terutamanya kepada kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

“Bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan secara efektif dan efisien, perlantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah agensi dan subsidiari di bawahnya adalah amat diperlukan untuk memastikan semua agensi terbabit dapat berperanan dengan nilai akauntabiliti serta tadbir urus yang baik.

“Bagi memenuhi hasrat KPLB, hari ini diumumkan pelantikan pengerusi PERDA iaitu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

“Dua orang ahli lembaga pengarah PERDA yang dilantik pula ialah Dato’ Dr. Ir Shaik Hussein Mydin dan Mohd Yusni Mat Piah.” Kata Abd Latiff menerusi satu kenyataan dari Putrajaya.

Pada 8 Mei yang lalu, KPLB telahpun mengumumkan pelantikan pengerusi MARA Corp iaitu Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Abdul Kadir yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2020 dan hari ini menerusi kenyataan yang sama, KPLB mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah MARA Corp seramai enam orang.

Mereka terdiri daripada, Tan Sri Azman Shah Haron Idris, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Dato’ Asri Hamidon, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Zaharudin, Dato Suhaili Abd Rahman dan Mohd Hisham Mohamed Yaakob.

Dalam pada itu, Abd Latiff juga berkata, KPLB turut mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan kanan serta warga FELCRA atas pelantikan Datuk Shabudin Yahaya sebagai pengerusi baharu, serta berharap warga FELCRA akan terus mengorak langkah lebih proaktif dalam menangani norma baharu dan cabaran ekonomi demi kemajuan dan pertumbuhan syarikat tersebut.

“KPLB yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman barisan yang telah dilantik ini, dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang,” kata ahli Parlimen Mersing itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...