BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Sounds of Malaysia Melabuhkan Tirai 2023 di UITM Shah Alam

517

KUALA LUMPUR, 7 November 2023 – Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia melabuhkan tirai persembahan untuk tahun 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haziq Rosebi dan Dhiya Suhaili.

Konsert Sounds of Malaysia ini merupakan gabungan kolaborasi anjuran bersama OTM dan Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam bagi mempergiatkan pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda khususnya kepada warga kampus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kolaborasi ini juga turut menyediakan program mentor-mentee dalam pengisian tiga (3) bengkel iaitu Bengkel Gamelan dan Bengkel Caklempong pada 9 November 2023 serta satu sesi Masterclass: Instrumentasi dan Artistik Persembahan pada 10 November 2023. Ini merupakan peluang keemasan kepada warga kampus dalam mendapatkan ilmu tambahan sambil bermain alat muzik yang dijadikan sebagai edutainment.

Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia ini merupakan program anjuran Istana Budaya yang disusun untuk Kempen Gerak dalam memaparkan keunikan OTM melalui gabungan pelbagai jenis muzik dari kaum dan etnik di Malaysia terutama sekali kepada pelapis-pelapis pemuzik dari IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Antara IPTA/IPTS yang telah bekerjasama dengan OTM menerusi Sounds of Malaysia ini telah melibatkan tiga (3) buah institusi iaitu Management and Science University (MSU) pada 23 dan 24 Mei 2023, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Jun 2023 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Gegar Kembara Muzik Tradisional pada 14 dan 15 Oktober 2023.

Warga kampus dan awam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sounds of Malaysia pada 10 November 2023 (Jumaat) bermula jam 8:45 malam bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Tiket persembahan telah mula dijual dengan harga serendah RM55 dan penjualan tiket Sounds of Malaysia hanya boleh didapati di portal https://www.excitix.com.my/

Untuk maklumat terperinci awam boleh melayari portal serta di setiap platfom media sosial Istana Budaya dan CCA Conservatory of Music UiTM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...