AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN terus pantau harga ayam

436

KAJANG, 3 November 2023 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh hari ini telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga barang di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya dan Pasar Awam Kajang, Selangor.

Menurut Fuziah, tujuan pemeriksaan dan pemantauan tersebut dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula 1 November 2023 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 30 Oktober 2023.

Katanya dalam satu siaran media hari ini, KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh Negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Pada masa yang sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN setiap hari melibatkan hampir 1,500 premis meliputi pasar basah,
hypermarket dan supermarket, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh KPDN pada 2 November 2023, kedudukan harga purata Ayam Bersih Standard di peringkat Nasional adalah RM8.51/kg manakala harga purata di Semenanjung Malaysia adalah RM8.46/kg. Sementara itu, harga purata bagi Ayam Bersih Standard di Sabah adalah RM11.61/kg, Sarawak adalah RM10.14/kg dan Wilayah Persekutuan Labuan pula adalah RM12.50/kg.” kata Fuziah.

Tambah beliau, KPDN memberi amaran keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa dengan mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Kementerian.

“Pengguna turut disarankan agar memanfaatkan sepenuhnya aplikasi mudah alih Price Catcher semasa berbelanja dan membuat perbandingan harga serta merancang perbelanjaan secara berhemah.” ujar Fuziah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...